Nuffnang Ads

Tuesday, April 20, 2010

Fast Roping

Apa dia Fast Roping?? Tentu anda tertanya-tanya apa sebenarnya fast roping. Fast roping adalah satu teknik menurunkan anggota tentera ke kawasan berisiko dengan pantas sama ada di atas banggunan atau di atas tanah. Kebiasaan ia digunakan oleh pasukan khas bagi misi dan operasi pantas untuk menewaskan musuh. Mula digunakan semasa perang Falkland diperkenalkan oleh tentera British pada ketika itu. Teknik ini adalah lebih pantas jika dibandingkan dengan teknik Rapelling atau abselling. Sebagai contoh untuk menurunkan anggota pasukan ke dalam kapal hanya mengambil masa 30 saat sahaja dan ianya amat bersesuaian dengan tugas pasukan khas itu sendiri. Teknik ini telah banyak digunakan oleh tentera di seluruh dunia. Dalam filem Black Hawk Down contohnya, teknik ini digunakan untuk menurunkan anggota dalam keadaan kritikal tetapi perlu berhati-hati kerana jika tersilap langkah anda akan jatuh ke tanah pada ketinggian 10 kaki dari paras bumi.


2 comments:

  1. menarik-manarik dan menarik, something new for me

    ReplyDelete
  2. Nanti banyak lagi taktikal atau teknik dalam operasi pasukan khas sebagai pengetahuan bro.

    ReplyDelete