Nuffnang Ads

Wednesday, May 27, 2009

Kenapa Chin Peng??

Apa dah jadi dengan pemimpin Malaysia sekarang?? Aku pun tak paham atau pemimpin yang ingin membawa masuk Chin Peng balik ke Tanah Melayu ini yang tak paham atau buta sejarah.. Sepatutnya dia sebagai pemimpin faham akan hati dan perasaan mangsa kekejaman PKM dulu. Buta sejarah kerana kepentingan politik atau mungkin tidak belajar sejarah tentang kekejaman PKM dulu aku pun tak tau.... Aku yang pendidikan yang tak tinggi mana ni pun tahu susah payahnya nenek moyang kita menjaga dan mempertahankan negara dari ancaman komunis. Termasuk Tentera dan Polis yang terlibat dalam pembanterasan komunis. Masih segar lagi ingatan mangsa-mangsa ini apabila negara dalam cengkaman komunis yang dulunya menjadi musuh no 1 sebelum dadah mengambilalih sebagai musuh no 1 negara. Sedar atau tidak bahawa keamanan adalah hak mutlak masyarakat di negara ini. Walau Chin Peng tidak lagi mengancam tetapi ideologi komunis masih kuat terpahat di memorinya. Sebagaimana kuatnya ingatan mangsa-mangsa terhadap kekejaman PKM. Tindakan PM tidak membenarkan kemasukan Chin Peng kembali ke Malaysia walau apa pun alasan yang diberi adalah satu keputusan yang amat bijak dan jangan sesekali termakan pujuk rayunya. Mungkin beliau mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan politik di negara ini.. Ingat!! pejuang sebenar adalah rakyat yang setia kepada raja dan negaranya sendiri.
Sudah hilang akal agaknya. Idola aku adalah pejuang-pejuang kemerdekaan. Setiap kali aku mengimbas sejarah kekejaman komunis di Tanah Melayu, hati aku tersentuh dan hiba. Bagaimana pula seorang pemimpin yang terkenal boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Lebih elok kalau difikirkan cara membangunkan negara daripada membawa masuk Chin Peng yang tidak membawa apa-apa faedah langsung. Kenapa Chin Peng tidak memikirkan semua ini dari dulu lagi. Tak payahlah.........sudahlah.......sebagai pemimpin cari lah jalan untuk membangunkan negara.

No comments:

Post a Comment