Nuffnang Ads

Friday, June 29, 2012

Dajal Telah Muncul?? Olimpik 2012 apa akan berlaku??

Kita semua sibuk pasal politik sana-sini tetapi kita terlupa yang kita sering dilalaikan dengan perkara-perkara sebegini. Gerakan Illiminati adalah gerakan yang bergerak seperti syaitan dan apabila dunia semakin hampir dengan kiamat, gerakan-gerakan ini menjadi lebih aktif untuk menghancurkan umat manusia. WORLD NEW ORDER adalah cita-cita gerakan ini untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia agar menentang kewujudan dan kelahiran Imam Mahdi yang kalau kita tahu, gerakan illuminati ini adalah dibawah kuasa Yahudi laknatullah. Disebabkan mereka ini percaya dengan setiap isi kandungan Al-Quran yang mengatakan Yahudi akan kalah dengan umat Islam pada akhir zaman, maka mereka telah mengatur perancangan teliti dengan mewujudkan gerakan ini bagi mengekang kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa untuk menentang Yahudi. Kalau kita perhatikan pada hari ini, banyak pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah telah ditumbangkan dan kita sendiri tidak pasti adakah ini kebetulan ataupun perancangan gerakan-gerakan ini sebagai langkah pertama mengekang kebangkitan pemimpin Islam yang lantang menentang negara barat. Sebenarnya Yahudi amat takut dengan bayang-bayang sendiri kerana mereka sedar bahawa Allah telah menjanjikan di dalam Al-Quran bahawa mereka akan kalah dengan dengan pahlawan-pahlawan Islam yang akan lahir pada akhir zaman. Di bawah ini terdapat satu video yang sebenarnya mengejutkan aku dan orang yang melihatnya pasti akan membuat andaian ia mungkin adalah betul dan ia jelas melalui simbol dan code rahsia yang digunakan oleh gerakan halus ini di dalam filem dan juga dimana-mana sahaja pada zaman ini. Korang nilaikan sendiri video ini dan aku berpendapat individu yang memuatnaik video ini adalah seorang yang peka kepada gerakan ini dan telah mengkaji setiap simbol dan code rahsia yang tersembunyi selama ini. Adakah kajian dan ramalan individu ini mengenai Olimpik 2012 menjadi kenyataan atau hanya untuk menjatuhkan reputasi London sebagai tuan rumah Olimpik 2012 untuk menimbulkan ketakutan kepada dunia?? Wallahualam. Hanya sekadar berhati-hati. Cuba korang lihat gambar mascot olimpik 2012. Kenapa Mascot tu mata satu??? Kenapa nampak pelik??? Apa kaitan mata satu dengan gerakan ini??? Korang mungkin dah ada jawapannya. Tapi adakah kebetulan?? Bagi menguatkan lagi cerita ini sila BACA LAGI DISINI


Thursday, June 28, 2012

Pahit Manis Zaman Rekrut

Bagi orang awam pengalaman hidup bersama kalangan anggota tentera adalah sesuatu yang menarik. Teringat masa zaman persekolahan aku setiap kali kenderaan tentera yang melewati di hadapan aku bersama konvoi kenderaan tentera ketika menunggu bas untuk kesekolah, pasti aku melambai kepada abg-abg tentera itu. Disebabkan semangat yang menebal untuk menyertai tentera terutama tentera darat, maka selepas tamat peperiksaan SPM aku telah memohon untuk menyertai tentera darat. Zaman aku memohon untuk menyertai tentera tidak sehebat pada hari ini yang semakin ramai untuk menyertainya kerana gaji yang boleh dikatakan lebih baik dari zaman aku dulu. Teringat masa sesi temuduga pertama di Sek Men Khir Johari, Tg Malim ditemani adik aku, hanya terdapat dalam 8 orang sahaja yang memohon untuk ditemuduga. Itulah realiti pada zaman aku dulu kalau nak memohon menyertai tentera.

Rupanya menyertai tentera darat bukanlah seindah yang digambarkan dan semudah abc nak dituturkan tetapi memerlukan komitmen yang jitu dalam melaksanakan latihan selama 6 bulan dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tersebut amat memeritkan. Ada yang sanggup mencederakan diri semata-mata untuk dikeluarkan dari latihan ketenteraan ini. Sepanjang latihan 6 bulan ini 2 sahabat aku telah meninggal dunia disebabkan demam dan minum air ketika badan sedang panas dan berpeluh (mengikut amalan tidak boleh meminum sebaik selepas berlari dan berada dalam keadaan penat kerana apa tak tahu. Doktor mungkin tahu sebabnya). Dalam tempoh latihan ini juga ada sebuah produksi drama telah membuat dramanya disini (PUSASDA) dan kamilah berbaris beramai-ramai dalam rehearsal penuh dengan pakaian istiadat (No 1 Dress) rasa macam nak passing out jer...hehehe.... Sepanjang masa disana, memang tak kering bulu roma dibuatnya....begitulah hidup seorang rekrut yang mendambakan diri untuk berkhidmat kepada negara ini.

Tiba masanya aku dan kawan-kawan bakal menamatkan latihan dan ianya bukanlah pengakhiran aku dalam tentera tetapi adalah permulaan di dalam perkhidmatan yang menuntut pengorbanan yang lebih besar dan amanah yang perlu ditanggung di bahu demi keamanan negara ini. Itulah kehidupan pahit manis dalam sebuah perjalanan seorang rekrut.

P/S: Al-Fatihah kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan dunia ini. Bila dalam keadaan begini, kenangan tersebut sebenarnya amat manis untuk dikenang dan akan kekal terpahat di dalam hati buat selamanya. Semoga sahabat-sahabat yang masih berkhidmat dan masih dapat melihat dunia ini, aku doakan kalian berjaya di dalam bidang masing-masing. Moga kita akan bertemu lagi dan janganlah kita lupa siapa kita dulu sebelum kita berjaya kini. TETAP GAGAH TETAP SETIA



Tuesday, June 12, 2012

Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia

Pada 12 Jun 12 jam 2030H telah diadakan Sambutan Jubli Perak Kelab Veteran Komando Malaysia di PWTC yang telah dihadiri oleh veteran-veteran komando. Disamping itu, sambutan ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sirraturahim antara veteran-veteran komando, penyampaian Pingat Jasa Malaysia serta pelancaran buku Menjunjung Bere Hijau hasil tulisan Mejar Nazarudin yang juga pemilik blog Komando Kedai Kopi (KKK).  Majlis disempurnakan oleh Penaung Kehormat KVKM iaitu Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam tadi (12 Jun 12). Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Menteri Pertahanan dan Pengerusi JHEV. Sebelum melabuhkan tirai, sesi bergambar bersama Mantan PM selaku Penaung Kehormat KVKM.