Nuffnang Ads

Monday, May 28, 2012

Siapa Bashar Al-Assad Yang Melakukan Kekejaman Kepada Rakyat Syria







Gambar-gambar kekejaman yang dilakukan oleh tentera-tentera Bashar


Manusia laknat..Bashar Al-Assad


Assalamualaikum wbt pembuka bicara saya pada kali ini kepada kaum muslimin dan muslimat walau dimana sahaja anda berada di dunia Allah ini. Pada kali ini saya nak sampaikan sikit maklumat berkenaan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang menerajui kepimpinan di Syria ketika ini.  Sebenarnya aku tak ambik "port" sangat pasal si Bashar ni kerana aku beranggapan di ni seorang Muslim yang seagama dengan mana-mana umat Islam di dunia ini. Tetapi apabila aku terpandang beberapa keping foto yang boleh menaikkan darah mana-mana umat Islam di dunia ini di atas kebiadaban dan kekejamannya terhadap umat Islam di Syria aku terpanggil untuk mengetengahkan isu ini kepada rakyat di negara ini dan seluruh nusantara dan juga di bawah kerajaan Islam.  Kalau dilihat kepada foto-foto yang ada jelas kepimpinan Bashar Al-Assad yang juga seorang Syiah Alawiyah sudah terpesong jauh dari realiti hidup seorang muslim dan beliau boleh disamakan dengan Serbia yang pernah membunuh orang Islam Bosnia pada tahun 1992 sehingga 1995. Juga tidak ada bezanya dia dengan Firaun dan Kamal Atarrtuk yang pernah mengubah ayat suci Al-Quran kepada bahasa Turki (baca kisah Kamal Attartuk). Sebak hati melihat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa diperlakukan seperti binatang oleh tentera-tentera Bashar. Sehingga awal Mei 2012 seramai 14 356 rakyat Syria kebanyakan pengikut Ahlus Sunnah Waljamaah telah menjadi korban dihujung senjata tentera-tentera Bashar. Tidak tahu dimana silapnya, negara Islam hanya membisu jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Dimanakah keadilan kepada rakyat Syria terutama berfahaman ASWJ. Bersamalah kita berdoa agar saudara se Islam kita mendapat perlindungan daripada Allah SWT dan sebarkanlah maklumat ini sekiranya kamu seorang Ahlus Sunnah Waljamaah.  Janganlah kita sesama Islam di negara ini bergaduh sesama sendiri dan ambillah ikhtibar di atas tragedi yang berlaku di Syria pada ketika ini. Baca seterusnya KLIK SINI

p/s Berjaga-jaga dengan gerakan yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam. Mungkin ada dalang disebalik kekejaman di Syria. Tak perlu aku sebutkan kerana banyak sudah negara-negara Islam yang telah ditumbangkan oleh gerakan ini. Korang fikir la sendiri....Wallahualam..

Wednesday, May 23, 2012

Perginya Seorang Pahlawan




Atas: Gambar sebahagian daripada daripada penerjun Ekspedisi Penerjunan Kutub Utara termasuk arwah dalam bulatan dan bawah gambar arwah tidak pasti bila ia diambil.


Datuk Rahim Dahlan atau lebih dikenali Rahim King dikalangan sahabat handai merupakan seorang bekas tentera dari Rejimen Gerak Khas. Bagi masyarakat Malaysia pasti mengenali individu ini melalui rekod penerjunan kutub utara bersama-sama dengan 16 penerjun yang lain pada tahun 98 bersama kereta nasional Malaysia, Proton Wira (klik sini). Bagi aku Datuk Rahim tidak asing bagi keluarga aku kerana beliau adalah majikan kepada abah aku ketika dia membuka sebuah kem latihan bina semangat dengan nama Kem Nur Nikman di Sungkai. Selepas abah aku tidak bekerja dengannya lagi lama juga tak dengar nama dia sehingga beliau membuat penerjunan kutub utara pada tahun 98.  Sekali lagi namanya tidak lagi aku dengar sehinggalah pada bulan ni di dalam FB page EX & KDO namanya disebut-sebut dan saya baru tahun bahawa beliau telah terlantar di Hospital Kluang kerana sakit. Page EX & KDO menjadi sibuk dengan ucapan dan doa agar beliau selamat dan sihat seperti sediakala daripada sahabat-sahabat dari kalangan anggota Rejimen Gerakhas dan Veteran Gerakhas yang mengenali beliau. Pada tanggal 23 Mei 12 beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kg Tengah, Kluang disisi isteri dan anak-anak beliau. Dikhabarkan ramai dari kalangan sahabat handai beliau telah berada disisi beliau sejak beliau dimasukkan ke hospital lagi dan ianya berterusan. Segalanya adalah ketentuan yang maha esa dan benarlah kata pepatah HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG DAN MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA. Walau telah lama meninggalkan perkhidmatan tentera namun di atas semangat setiakawan sebagai seorang anggota GREEN BERET ia dibawa sampai ke mati. Teringat sumpah ke 12 Rejimen Gerakhas "Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya". Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan pahlawan-pahlawan lain di atas jasa yang pernah di tabur suatu ketika dahulu. Ucapan takziah juga buat keluarga Allahyarham.  Al-Fatihah

Saturday, May 12, 2012

MyWay Filem Perang Yang Menyentuh Perasaan






Antara babak dan pelakon filem My Way


Semalam aku keluar ke bandar untuk makan malam. Boring-boring aku singgah la kat kedai menjual CD. Sambil belek-belek CD aku terpandang CD yang ditayangkan di monitor tv di kedai tersebut dan bertanya pada tokey tu "filem apa ni?? Cerita MyWay bos. Filem Korea". Aku pun apa lagi beli jer la CD tu nak tgk filem perang ni sebab nampak macam menarik. Sebelum tu aku membeli CD filem CHRONICLES, jadi sebaik sampai rumah aku layan la filem CHRONICLES ni dulu. Habis je aku tgk filem tu aku buka pula CD filem MyWay tu.

Filem MyWay mengisahkan kehidupan seorang pelari marathon jepun sebelum meletus perang dunia kedua. Filem diinspirasi dari penemuan gambar seorang lelaki Asia yang bersama-sama dengan tentera Jerman yang ditawan semasa penaklukan tentera bersekutu di Normandy. Kisah bermula bila 2 kanak2 dari 2 negara Jepun dan Korea bertemu. Jun Shik adalah kanak2 berasal dari Korea dan bapanya adalah orang gaji di rumah datuk Hasegawa Tatsuo. Jun Shik sejak kecil bercita-cita untuk menjadi jaguh pelari marathon dan Hasegawa Tatsuo yang di lahirkan dalam keluarga berada juga mendapat latihan profesional sebagai pelari marathon juga mempunyai cita-cita yang sama. Jun Shik menjadi musuh utama kepada Hasegawa Tatsuo apabila bapa Jun Shik dituduh memberi bom kepada datuknya seorang tentera imperial dan bermulalah kisah suka duka dua sahabat ini.  

Jun Shik telah dipaksa menjadi tentera imperial Jepun kerana terlibat dengan pergaduhan yang disebabkan oleh keputusan hakim yang memihak kepada Hasegawa Tatsuo didalam larian marathon walaupun sebenarnya Jun Shik adalah pelari marathon yang memenangi larian tersebut. Di dalam dunia ketenteraan Hasegawa Tatsuo merupakan seorang Kolonel di dalam tentera Imperial dan telah menggunakan kuasanya untuk mengenakan Jun Shik yang hanya sebagai perajurit tentera imperial Jepun. Kisah ini sangat panjang sehingga perjuangan mereka bertukar 2 tangan tentera iaitu berkhidmat dengan tentera Soviet dan Jerman.

Pada akhir filem ini, mereka menjadi sahabat yang baik setelah melalui kesukaran menjadi tawanan perang Soviet dan akhirnya tawanan soviet ini pula telah dikerah untuk menjadi tentera Jerman. Sebelum penaklukan tentera bersekutu di pantai Normandy, mereka berdua telah merancang untuk lari dari perang tetapi pada keesokkannya perang telahpun bermula sehingga memaksa mereka lari meninggalkan medan perang bersama. Di dalam hujan peluru dan bahan letupan Jun Shik telah terkena serpihan bom dan mati disisi sahabat dia sejak kecil itu (Hasegawa Tatsuo) dan sebelum Jun Shik mati dia sempat berpesan kepada Hasegawa agar terus menjadi seorang pelari marathon kalau mahu lihat dia (Jun Shik) hidup dalam dirinya. Cerita ini memang menyentuh perasaan dan penuh dengan aksi ngeri. Ia juga lebih kepada cerita sayangkan negara masing-masing dan adakah tentera itu sebenarnya jahat seperti yang digambar melalui sejarah-sejarah.

Sebenarnya cerita ini telah ditayangkan pada bulan April yang lalu tetapi sebab aku ni bukan suka tengok filem korea atau jepun. Bila aku menonton filem ni, ia telah menarik aku untuk menontonnya sehingga akhir cerita tersebut. Memang terbaik... Tak hairanlah bahawa filem ini telah mencapai kutipan RM 104 billion.

Thursday, May 10, 2012

McDonald dan Saya

Hidup dalam perkhidmatan tentera ni banyak pengalaman dan pengajaran buat sesiapa yang pernah berkhidmat dengannya. Begitulah juga dengan aku ni. Dari sebuah negeri ke sebuah negeri aku merantau memberi khidmat kepada Seri Paduka Baginda dan rakyat Malaysia agar sentiasa aman sentosa. Sedarkah anda, walaupun sehebat mana pandangan masyarakat kepada perkhidmatan ketenteraan tetapi mereka juga adalah insan biasa yang perlu menyara kehidupan keluarga dan dalam masa yang sama memberi perkhidmatan keselamatan kepada seluruh rakyat di negara ini. Walau susah atau senang seseorang anggota tentera, rakyat di negara ini tidak akan menyedarinya kerana perspektif mereka tentera bukanlah berpendapatan rendah. Tahukah korang, ketika permulaan perkhidmatan saya sebagai Prebet gaji pokok saya hanya sekitar RM 600.00. Berbeza dengan anggota pada hari ini. Disini aku bukan nak cerita pasal gaji ker, pasal tugas aku ker atau berapa negeri aku dah merantau tetapi nak cerita pengalaman aku dalam perkhidmatan membuat kerja sampingan.

Sebaik aku ditukarkan ke Kuala Lumpur banyak kerja part time yang aku buat. Ye lah kan...kat KL ni semua duit. Masuk tandas pun kena duit. Mana cukup sekadar makan gaji. Untuk makan minum ok tetapi kalau nak berbelanja tak bleh la lebih2... Jadi aku buatlah bermacam part time antaranya menjadi security guard, jaga rumah anak yatim (kat sini paling seronok sebab rasa macam warden asrama plak...hehehehe), catering, penghantaran kelapa ke kedai runcit dan pemasangan peralatan McDonald. Aku nak terus kepada tajuk. Korang mesti biasa makan kat McDOnald tetapi korang mungkin tidak tahu berapa sukarnya untuk set up sesuatu peralatan terutama peralatan dapur sebaik barang2 tersebut itu sampai. Aku adalah antara mereka yang terlibat untuk pemasangan peralatan tersebut. Walaupun sekadar part time, pengalaman tersebut amat berharga kepada diri aku dan memahami kerja seperti ini bukanlah kerja yang senang. Bayangkan aku terpaksa mengangkat dan mengalih peralatan yang semua besar (korang tgk peralatan kat dapur McD tu termasuk pemanas dan sebagainya. Sakit belakang tu...). Memang memenatkan tetapi aku tak kisah sebab aku bekerja untuk cari makan. Yang penting bukanlah kerja yang dilarang. Lokasi yang pernah aku terlibat untuk pemasangan tersebut:

         a.   McDonald tol Sg Besi.

         b.  McDonald KL Sentral.
 
         c.  McDonald Kajang.

         d.  McDonald Shah Alam.

Kadang2  bila singgah di McDonald tol Sg Besi atau McDonald KL Sentral teringat kisah aku disitu suatu ketika dahulu kerana hidup kita bukan selamanya derita kerana suatu masa Allah akan memberi kehidupan yang baik kepada kita andai kita sentiasa sabar dan berusaha. Macam orang selalu cakap, hidup umpama roda, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita akan berada di bawah. Begitulah kisah hidup aku mencari nafkah melalui usaha sendiri dan mencari erti hidup susah dan senang. Kisah aku dan McDonald pasti aku akan kenang sebagai kisah yang tidak akan ku lupakan.

Friday, May 4, 2012

Armor Meet 2012






Gambar atas antara peminat kenderaan armor berskala. Gambar bawah
N.S. Shah orang kuat ARMOR MEET 2012
Acara julung-julung kalinya bagi pengumpul dan peminat kenderaan armor RC dan armor berskala pada 1 Mei 12 jam 2.00 hingga 4.30 ptg di Megan Avanue II, Jalan Yap Kuan Seng (berhampiran bangunan KUB lama. Pada pertemuan tersebut, dapat disaksikan berbagai bentuk dan model kenderaan armor. Pertunjukan ini telah mendapat perhatian ramai termasuk pelancong yang melalui kawasan tersebut. Pengumpul serta peminat kenderaan armor ini terdiri daripada orang perseorangan, anggota tentera dan penuntut UPNM. Pertunjukan seperti ini boleh dijadikan acara tahunan atau dipamerkan semasa LIMA atau DSA pada masa-masa akan datang. Ia adalah atas usaha N.S Shah, Editor Associate (Projek Khas) dan Pengiklanan majalah PERAJURIT bersama beberapa individu lain merealisasikan pertemuan ini. Kepada pengumpul-pengumpul kenderaan berperisai berskala boleh add Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan di FB untuk maklumat lebih lanjut mengenai ARMOR MEET 2012.

Wednesday, May 2, 2012

Perang Saraf


Pada pemahaman aku Perang Saraf (Psy-War) adalah salah satu kaedah peperangan mempengaruhi minda seseorang melalui kata2 peransang meyakinkan serta memberi gambaran benar walaupun sebenarnya ia adalah sesuatu  pembohongan pemikiran daripada realitinya. Maksud Perang Saraf ini mungkin luas tetapi itu berdasarkan kepada pemahaman aku. Perang Saraf telah digunakan oleh pihak tentera barat melalui beberapa konspirasi bagi menghalalkan serangan terhadap sesebuah negara sebagai alasan kukuh untuk meyakinkan rakyat bahawa negara ni dan negara itu adalah negara yang melahirkan pengganas ataupun menaikkan semula populariti seseorang individu yang imejnya semakin jatuh. Sebagai contoh serangan ke atas bangunan WTC adalah konspirasi terancang (menurut beberapa pihak) yang menyebabkan ribuan orang terbunuh serta konspirasi serangan Pearl Harbour yang dikatakan beberapa pihak sebenarnya pihak barat telah mengetahui akan serangan yang akan dilakukan oleh tentera Jepun tetapi dengan niat untuk melancarkan serangan bom atom ke atas bandar Hiroshima dan Nagasaki konspirasi tersebut terpaksa dilaksanakan walaupun ianya melibatkan nyawa tentera yang tidak bersalah. Tak perlulah aku cerita panjang lebar mengenai negara yang suka berkonspirasi ni (tak dapat dipastikan kesahihan. Sekadar sebagai rujukan)
 
 
Pada hari ini Malaysia telah menuju ke negara maju dan penggunaan jalur lebar dan wujudnya dunia tanpa sempadan telah memberi ruang kepada pengkarya-pengkarya melalui penulisan blog-blog samada untuk politik, kekeluargaan, pertahanan dan sebagainya. Apa yang aku nak tekankan sekarang adalah Perang Saraf melalui media ini yang dilihat semakin kritikal mempengaruhi pemikiran rakyat di seluruh dunia terutama aku nak tekankan adalah rakyat di negara ini. Betapa bahayanya Perang Saraf ni adalah lebih bahaya dari face to face battle kerana melalui penulisan dan pengolahan blog yang berkesan ianya boleh mempengaruhi pemikiran dan ideologi seseorang itu. Sebagai contoh, situasi politik di negara ini begitu hangat dengan kehadiran blogger-blogger yang berperang untuk memenangi pemikiran pengikut dan orang lain selain dari pengikutnya agar bersama dengan parti si polan dan sipolan. Bagi aku ianya adalah sangat merbahaya kerana dari pemerhatian aku terdapat blog yang berunsurkan komunisme dan berfahaman revolusi telah mula menular. Jika pihak berwajib tidak memantau perkara ini ia boleh memberi banyak impak yang buruk kepada situasi politik negara hari ini.

Aku pasti dan yakin terdapatnya gerakan sulit dari luar negara ini telah menyusup masuk melalui penulisan blog yang menghasut untuk menjatuhkan negara tercinta ini. Apa pun aku berharap badan-badan perisikan negara seperti DISD dan KDN dapat memantau aktiviti blogger2 yang cenderung kepada keganasan serta gerakan yang boleh menjatuhkan negara ini. Kita lihat bagaimana terdapat gerakan menggunakan medium internet di Mesir sedikit masa dulu untuk menjalankan gerakan penentangan terhadap kerajaan sedia ada pada ketika itu melalui keganasan sehingga menyebabkan ramai yang terkorban dan banyak kerosakan yang berlaku. Memang diakui mereka berjaya tetapi apa yang berlaku sehingga hari ini?? Akhirnya rakyat yang rugi dan aku mengingatkan kepada kawan2 semua, jika anda memberi ruang yang luas kepada gerakan luar sebenarnya anda telah memberi masa depan yang buruk kepada negara dan anak cucu kita. Mungkin ada kawan2 kita diluar sana boleh memberi pendapat yang lebih bernas mengenai Perang Saraf ini.

Tuesday, May 1, 2012

Filem Lama - Darah Satria

Filem yang aku rasa terbaik pada era 80an. Leftenan Abdullah (yang bercakap dengan radio pada awal babak filem) adalah bekas Kem Komandan Mk Latihan TD. Kepada yang tidak pernah menyaksikan filem ini, layan....