Nuffnang Ads

Tuesday, August 31, 2010

TINDAKAN MEMBAKAR JALUR GEMILANG

Apa yang berlaku di Indonesia pada ketika ini amat mendukacitakan dan memalukan Kerajaan Malaysia. Perbuatan biadap mereka ini sepatutnya dihalang oleh pihak keselamatan negara tersebut dengan lebih komited dan agresif..Tindakan rakyat negara itu membakar Jalur Gemilang tidak seharusnya berlaku kerana rakyat Malaysia sendiri menghormati dan tidak sewenang-wenangnya membakar bendera negara lain, tambahan pula ia sebuah negara yang berdaulat yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Kebanyakan dari rakyat mereka ini sebenarnya tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu ambil tahu kedudukan sebenar kejadian penahanan Pegawai Jabatan Laut negara tersebut telah dimanipulasi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan lain mereka-reka cerita sehingga ada rakyat di negara tersebut terpedaya dengan cakap-cakap tersebut. Membaling najis ke Kedutaan kita di sana mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati rakan sejiran dengan negara mereka. Media massa swasta di negara itu juga bertanggungjawab menggembar-gemburkan isu ini dan mengambil kesempatan di atas kekecohan ini demi untuk menaikkan ranking stesyen televisyen tersebut tanpa memikirkan akibat tindakan mereka yang sengaja mencetus provokasi dikalangan rakyat di negara tersebut. Pastinya ada dalang disebalik semua ini sepertimana yang berlaku di Thailand.