Nuffnang Ads

Wednesday, July 15, 2009

Keabadian Cinta


Kehidupan ini begitu indah untuk dikenang. Jatuh dan bangun setiap kali meredah kehidupan adalah kehendak yang maha esa. Sabarlah.....dengan apa yang berlaku ke atas diri kita pasti ada sesuatu yang lebih indah dan lebih bererti pada kehidupan yang akan datang. Jangan dikesal dengan setiap kegagalan kerana kegagalan adalah kunci kepada pengalaman menempuh kehidupan. Jangan bersedih temanku kerana apa yang menanti di depan pasti membawa sinar baru buat dirimu teman. Belajarlah dari kesilapan kita nescaya dirimu kan bertemu keabadian cinta yang tak terperi. Kehidupan di sini bukanlah abadi temanku...jadi janganlah kau bersedih hanya kerana kehidupan palsu yang tidak ada penghujungnya. Yang pasti di sana adalah abadi dan selamanya.........